Daisypath

Thursday, August 20, 2009

::Gambar2 kehidupan...::

rindu bangat time ni....
sungguh....ni jer la pengubat kerinduaan yang ada.....



----Ni gambar kami lima sekawan masa nak g present assignment...warna purple tu ala2 warna korporat group la....----


" />

---Geng2 study kat library ngan abang joe and bollah...wah, saya pon rindu bangat time ni...time2 spot2 soklan final apa yang kuar---




---Sume2 neh geng2 masa blaja kat SMK Seaport dulu....kami masih contact each others walaupon dah dekat 10 tahun berpisah...sangat rindu seh---





---ngan budak2 JPK Puncak Perdana---




---masa g program kat Tok Bali under Myreds...owh, saya ingat lagi malam tu lepas bbq saya muntah dan Illa yang take care saya...sungguh, kalau saya tak muntah malam tu, saya tak sedar pon ada org yang take care saya...thanks Pn Sharmila...rindu sama kamu...dah jadik orang Penang ya??---




---Masa berbuka puasa bersekali dengan reunion classmate Diploma...---




---Masa majlis penutup Minggu Mesra Siswa 05/06...sume baju oren...macam fan club Zahid AF pon ada...owh---




---Masa konvo Degree with Ajib and Emy...apa khabar kamu ya??---






---Ni masa g PD ngan kawan2 keje...masa ni mula2 masuk keje kat LAN/MQA...seronok kan dulu???---






---masa g pameran Mohex kat Kelantan Jun 08 ngn En Hisham and Lin Leman...best keje ngan diaorang nih...happening...bila lagi nak g MOhex sesama nih..---



::Saya sungguh rindukan orang2 yang pernah hadir dalam hidup saya...Affida...Ann...korang pecerita?? Ann, ko ingat tak kisah Kolej Perindu UiTM dulu???::

Tuesday, August 18, 2009

::Saat Ini--Tika Ini::

saat ini...uh jam dah 6.58 petang...opis dah sunyi, ujan plak kat luar tuh
erm, hari ni plak lambat, so keter park kat luar bangunan...alamak aiii
kena tunggu ujan berenti la plak....

baru siap paperwork nak bentang 24 hb nih
esok nak kena tunjuk Peraturan MQA yang dah siap edit kat bos
adusss....memmmang x cukup tangan aku nih
badan pon makin letih....lagi pon, 2-3 hari ni mmg aku x ada selera makan
stress agaknya...

Saat ini jugak
komputer aku mainkan lagu Jay-Jay...tajuk Permaisuri ku...chewwah, layan jiwang jap waktu2 cenggini kan...
tetiba aku teringat kat seseorang
seseorang yang betul2 dalam kenangan aku
kenangan yang aku tinggalkan lama dahulu...
adus...buat apa perlu aku ingat dia lagi kan???
benda yang dah lepas biar kan lepas
life must go on...tapi kadang2,
dia datang juga menerpa di fikiran...
ntah lah....

Bila balik keje
aku slalu ngan en husband
"kenapa eak yang...ore mesto tak dapat keje yangs sesuai dgn degree orang..degree library tapi wat2 menda berkaitan undang2, Akta...aduh..."
and en husband pon jawab...
"sbb tuhan tau ayang boleh...tu Tuhan letakkan kan awak kat situ..."
benarkah begitu??? Tuhan, andai itu ketentuan-Mu
kuatkan lah hatiku agar aku bisa menempuh situasi ini...
Ku Mohon..benar2 Mohon...

::Dah kul 7.10 malam...ujan pon dah berenti...nak balikkkk...::

Thursday, August 13, 2009

:: Kursus Penulisan, A-Famosa Melaka::

7-9 Ogos 2009,
Selepas ditunda beberapa kali, akhirnya jadik jugak opis aku nak wat kursus ni
kursus ni kas untuk para2 bos sebenarnya (aku x la...kuli jerk)tapi bos aku suruh g jugak sbb mmg bidang tugas aku memerlukan penyediaan beberapa dokumen rasmi ni...aduhai...mula2 g tu, risau gak..maklumlah masa tu, Melaka antara yang top kes kematian H1N1...tapi aku tawakal jer...

sampai 7 hb malam tu dah lewat...sbb jem 10km kat highway Seremban...aduh, lepas check ini, terkejar2 nak g dewan tu...nasib baek belum start lagi..huhu

hari kedua, alhamdulillah kursus di percepatkan sehingga lewat petang...maknanya malam tu x ada program...apa lagi, kesian kat en hubby dok terperuk dalam bilik jerk, kami pon g la jalan2...rasa mcm kat negeri Arab pon ada...hehehe

tgk tiket RM 30...mak aiii...mahalnya..siap ada beza lagi citizen ngan foreigner (btol ker ejaan nih??)..kalau pelancong depa kena RM 50 sorang...macam mahal gak tapi pikir, datang bukan tiap2 hari, erm, kami masok gak la cowboy town tu...

ni ada a few gambar yg sempat di rakam...






















Wednesday, August 5, 2009

:: Aaaa?? H1N1 ker?::

pagi ni g opis lambat sket sbb singgah klinik..
dari hari senin dan sakit2 badan
smlm rasa makin teruk nak demam, selsema
sampai kan bos tanya
"wani ni demam biasa ker...demam ada isi ker atau demam virus?"
aik...demam ada kategori2 ker? kalu tak silap aku ada demam campak, demam kepialu ngan demam denggi jer...hikhikhik

hari senin g klinik panel sbb rasa sengal2 badan
then doktor kata tak da pape...ok la lega
tadi g klinik, doktor just kata tongsil dah mula merah n bengkak
kalu demam makin naek,siap ada pakej selsema ngan batuk, kena cpt g klinik balik
lega juga tak da pape
tapi risau tgk doc tu bagi banyak sgt ubat
siap ubat tahan sakit pon ada
ayo! dah la aku ni jenis penakut nak telan ubat bijik ni...adeh!!

masuk jer opis dah dapat emel dari bos gue
"wani, esok gantikan saya attend meeting budget ngan Dato' CEO kul 9 pagi..."
SERIUS...KALI NI MMG AKU BTL2 RASA NAK DEMAM BALIK!

:: hari ni dah 4 orang di sahkan meninggal sbb virus H1N1 ni...dunia dah akhir zaman...mcm2 penyakit ada...kena cpt2 tobat sebelom terlambat::

::Nisfu Syaaban::

Ni ada petikan emel yang ofismate saya anta berkenaan malam Nisfu Syaaban...bagu juga for sharing...

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan
yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb
sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah &
surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat
kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di
dalam
iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah
Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit
dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Tuesday, August 4, 2009

::No subject::

x tau nak cakap apa lagi dah...
x ada topik
x ada idea...
yang ada dalam pale otak saya skarang ni
saya nak cuti lama2 dan lama2 lagi
saya nak jalan2 jer
nak rehat puas2

::saya btl2 tgh tensen...tapi kena muhasabahkan diri...selalu tgk orang yang jauh lebih susah untuk dijadikan ikhtibar..."Owh...rupa2nya ada lagi orang yang lagi susah daripada aku nih..."::