Daisypath

Friday, March 27, 2009

::Perhimpunan Agong UMNO::

27 Mac 2009
PWTC, KL

hari ni pepagi lagi aku dah kuar umah...dalam jam 6.45 am...tujuannya terus ke PWTC...erm, lalu federal...makkk aiii, panjangnya beratur jem..erm, aku terus amik tol NPE...2 tol aku amik, tgk jam dah 7.30, aduss, kat Angkasapuri, jem pulak...kena lapor diri Pegawai Pelapor jam 8.00 pagi...aduhai, sempat tak nih....???

Nasib baik aku nampak PWTC tu 20 minit kemudian...x sampai kul 8...hehehhe...tanya inchik polis parking kat mana, terus pusing cari parking...(2 pon 2 kali gak la pusing...) bila dan jumpa parking, cari pulak bilik Perlis...adus, dah la ramai umat manusia...mana la ni...aku terus kol Syahmi, klik aku dari KPT...aduhai time2 emergency ni, x dpat la pulak...nasib baik dapat kol En Mazlan, kawan di KPT...fuh...lega bila dah jumpa bilik tu...tak la jauh pon...tapi x biasa...heheheh

Bila sampai tu, tgk En Najmi, bos aku ada...lega...ingatkan aku sorang jer dari MQA...heheh....masa aku borak2 dgn seorang staff KPT tu, baru la dapat tau dia tu sedara (bau2 bacang kot...) belah husband aku...sebenarnya nak cite ttg kete...(kos minyak balik kampung)...terkeluarla location kampung, tup2 duduk dkt dgn umah mak mertua aku...hehehe...itulah namanya jodoh...

Time perbahasan dasar dari perwakilan, aku suka part wakil UMNO Kedah (Langkawi), En Ismail Yaakub...very selamba, bersahaja, dan cool...mmg tak kering gusi la...kecoh jap bilik tuh...aku gelak sampai kuar air mata...aku tgk Syahmi, muka dia pon dah merah sebab banyak sgt gelak...hahahhah...mmg best!!! Tabik SPRING la!!!

Habes tu sebelum balik, rasa rugi plak tak nyinggah beli kain selai dua....tgk majoriti banyak jual kain batik sutera...bila usha2, terus sambar dua...mana tahan beb....sepasang RM150 dia tu jual...tu pon aku bodek2 kecek kelantan ngan tokey batik tu, dapat la RM255 untuk dua psang...nampaknya, lepas ni kena pau la laki aku...heheheh....lepas tu balik ofis terus, sampai jam 3 ptg kat pee jay....


:: Sekian catatan hari ini, terima kasih::

Wednesday, March 25, 2009

::Mudah-mudahan.....::

Hari ni, masa discussion kat office...tetiba aku ada received satu call

"Cik Alwani, mohon datang interview jawatan pustakawan di Menara PERKESO pada..."
oh Tuhan, aku ingat kan dah tak dapat..yer la, aku apply tengah bulan 12 tahun lepas (2008)..ingatkan dah terkubur dan application aku tu...namun alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk membuat yang terbaik dan untuk mengubah masa hadapan...agaknya berkat bos aku baca bismillah masa sign tu kot...

Tuhan, andai kententuan-Mu aku di sana...kau mudahkanlah urusan ku...
sesungguhnya ini yang kucari selama ini...hanya Kau yang maha mengetahui

::Amin....aku ingat lagi kata2 kak Shida, ofismate ku itu..."kalau hari ni kita sedekahkan 2 hinggit...insya Allah tuhan akan bagi kita pulangan "RM2000"...so, jangan la kita lalai dengan rezeki tuhan yang sepatutnya dikongsi bersama-sama...::

Monday, March 23, 2009

::Ayat-ayat chenta::

Just nak share...ni ayat2 chenta yang kadang kala kita alami sendiri...dipostkan oleh seorang sahabat dalam emel pejabat aku...

Sedarkah kita,betapa Allah amat mengasihi hamba-hambaNYA yang ikhlas berjuang menegakkan agamaNYA…Allah sama sekali tidak akan membiarkan hamba-hambaNYA begitu sahaja…6666 ayat2 cintaNYA telah dicatatkan dalam kitab suci sepanjang zaman iaitu AL-QURAN..


1. kenapakah aku diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..( Al-Ankabut:2-3)

2. kenapakah aku tidak mendapat apa yang aku idamkan?

“boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”..(Al-baqarah:216)

3. kenapa aku ditimpa ujian seberat ini?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”..( Al-baqarah:216)

4.kenapakah aku merasa kecewa?

“janganlah kamu bersikap lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman”..(Al-imran:139)

5. bagaimanakah aku harus menghadapinya?

”Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kpd Allah,supaya kamu berjaya mencapai kemenangan”..( Ali-imran:200)

” dan mintalah pertolongan kepada Allah dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd orang-orang yang khusyuk”…(Al-baqarah:45)

6. Apakah yang aku akan dapat drpd semua ini?

” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin itu diri,harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka”…( At-taubah:111)

7. kepada siapakah aku harus berharap?

”Cukuplah Allah bagiku,tidak ada tuhan selain dariNYA,hanya kpdNYA aku bertawakkal”…(At-Taubah:129)

8. Aku tidak dapat tahan lagi!!!

”…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”…( Yusuf: 12)

moga ayat-ayat cinta dari pencipta seluruh alam ini menjadi penawar duka dan resah buat seluruh muslimin dan muslimat,sama-samalah kita mentaddabbur ayat-ayat cinta dariNYA supaya ruh dan jiwa kita akan sentiasa mencintai Allah daripada segala apa yang ada di dunia.Amin.

Friday, March 13, 2009

-- Cootiey--

Yea yea!!!!

tak sabar aku nak balik kelantan malam nih...
cuti seminggu weh
seronoknya..
nak g pasar wakaf che yeh, pasar mpkb...nak makan sata...erm...

aku sungguh TERUJA!!!

Tuesday, March 10, 2009

::Catatan 2-3 hari lalu::

Dah lama aku tak megupdate blog aku nih...erm, ni ada a few rentetan hidup aku untuk diupdate sket ni...

5/03/2009

Aku kol kawan aku yang adjustkan aku kerja dulu..
aku tanya mcmana situasi kat situ
dia kata naseb baek aku x join dulu
Ramai yang dah berenti sbb ekonomi meleset
Oh Tuhan...Kau Maha Penyayang...
Btul la orang kata, everything happends with a reasons...


7/03/09

Kelas kat Puncak Perdana..
update assignment
wah...manyaknyer....
Bertambah tensen aku...
Kawan aku, Kak Hasiah x jd berenti...
Aku sungguh HEPI!!!

8/03/09

Erm, hari ni tak tau nak g mana..
So, kul 6 aku decide nak kuar g Jalan TAR
Sambil2 cari aksesori untuk majlis sambut menantu nih...
Sampai jer kat area2 SOGO, ternampak bangunan KLCC
Aku ckp kat husband.."lawa pulak KLCC nih..."
Terus tukar haluan g KLCC
Sekali tersalah jalan..
Erm..g Bagan Lalang best jugak...makan ikan bakar
Terus kol office mate, Inchik Fairoz tanya location...
Jalan dah la macam cerita satu malam punya movie...
sepanjang jalan kelapa sawit dan musti ada 4-5 kuil india sepanjang2 tuh...
sampai dekat kul 9...kedai banyak tapi x ada langsung tempat..
perut dah lapar...aku tensen!!!
Alih2 g makan kat luar tu jer...erm..nasi putih, tomyam, kailan ikan masin, ayam goreng, udang sambal petai, tembikai ngan teh ais..terkejut aku tengok harga dia.
RM 20.60...VERY CHEAP!!! takpa2..lapar punya pasal, lain kali la makan ikan bakar...huhuhu...

9/03/09

Kakak ipar aku datang
praktikal kat SRK Sek 7
malam tu ajak dia g JJ Bkt Raja..
sempat la sambar 2 helai seluar kat FOS ngan selai baju kat PA...
Gerammm tgk perkataan SALE!!! hehehe...

Tu jer catatan aku 2-3 hari ni...sekali buat lump sum terus...hehehe

:: Sekian, terima kasih ::

Wednesday, March 4, 2009

::Cobaan-Nya::

Hari ni....
aku sedey btul bila dapat emel classmate aku yang sangat aku sayang...
"Kak Hasiah dah tanak sambung belaja lagi....
akak nak quit from this studies..."
...but why kak? sem ni tinggal bulan depan jer...tinggal satu sem jer
nak abes...aduhai...
aku harap dia berfikir semasak2nya dan tidak membuat keputusan
yang terburu2....

Hari ni...
Aku sedey btul dengan orang keliling...
rasa dah tak tertahan..
i'm feel that i'm loser...
mungkin ada dosa yang tanpa aku sedar...
mungkin ada kebahagian disebaliknya???
Wallahu'alam

tapi aku amat bersyukur...mempunyai 2 orang yang betul2 memahami aku...

Amir Sharifudeen (husbandku itu...)
Thanks kerana sudi memahami hati ini
Walaupon kadang2 aku sendiri pon tak paham...
huhuhu...

Suriatie aka Mc Sue (Cousinku)
Terima kasih sbb sudi jadik temanku utk bergossip
Dan teman berkongsi idea
Walaupon kadang2 ke'blurr'an mu
sangat-sangat menguji hati dan kesabaranku...

**** Aku btul2 terkejut yang cousin aku dapat keje satu tempat dengan tokey shawls yang aku slalo order tu...keciknya dunia!!! Lepas ni boleh la aku bershopping shawls selalo...yeeeehaaa!!!****

Tuesday, March 3, 2009

::Janji Allah Untuk Orang yang Bertaqwa::

Hasil mujahadah yang tinggi, serius serta istiqamah, Allah akan kurniakan kepada kita sifat taqwa. Bermacam-macam kebaikan yang Allah janjikan dalam Al Quran kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini. Ini adalah janji Allah yang pasti tepat dan pasti ditunaikan-Nya. Ia tidak terhingga nilainya yang tidak dapat diukur dengan mana-mana mata wang di dunia ini.

Di antara janji-janji Allah kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini ialah:

1. Terpimpin

Mereka mendapat pimpinan daripada Allah. Ini jelas sekali melalui firman Allah:

Maksudnya: “Allah menjadi (Pemimpin) Pembela bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)

2. Terlepas dari kesusahan

Mereka dapat terlepas daripada kesusahan. Bukan ertinya mereka tidak mendapat susah atau tidak ditimpa ujian tetapi selepas kesusahan dan ujian, mereka akan terselamat. Walaupun ada pelbagai rintangan dalam ujian itu, ia sementara waktu sahaja. Selepas itu Allah akan lepaskan dari ujian dan rintangan itu dengan menghadiahkan pelbagai macam nikmat pula. Ini jelas dalam firman Allah:

Maksudnya: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup.” (At Thalaq: 2)

3. Rezeki

Di dunia lagi akan diberi rezeki yang tidak tahu dari mana sumber datangnya. Diberi rezeki yang tidak terduga dan dirancang. Ini jelas dalam sambungan ayat tadi:

Maksudnya: “Dan akan diberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 3)

Inilah jaminan daripada Allah SWT bagi mereka yang bertaqwa. Sesiapa yang bertaqwa, rezekinya ada sekadar yang perlu. Makan minumnya yang perlu tetap ada walaupun dia tidak berusaha. Walaupun dia tidak ada kerja, tetap ada jaminan daripada Allah. Ini diakui sendiri oleh Imam Ghazali, mungkin ianya dari pengalaman beliau sendiri. Imam Ghazali pernah berkata: “Kalau sekalipun orang bertaqwa itu tidak ada kerja, keperluan-keperluannya tetap diperolehinya.”

Waktu makan akan diberi makanan. Jika patut dapat pakaian, akan diberi pakaian. Dia sendiri tidak tahu dari mana sumbernya kerana ianya bukan daripada usaha dan cariannya sendiri. Dia dapat rezeki bukan melalui sumber usahanya tetapi melalui sumber usaha orang lain. Kalau taqwanya secara jemaah, maka rezeki itu diberi secara berjemaah. Sekiranya taqwanya secara individu, maka secara individu jugalah pemberian Allah itu.

4. Kerja dipermudah

Kerja-kerja orang yang bertaqwa itu dipermudahkan Allah. Ini jelas Allah gambarkan di dalam sepotong ayat:

Maksudnya: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, dipermudahkan Allah segala urusannya.” (At Thalaq: 4)

Allah memberi jaminan, kerja orang yang bertaqwa itu dipermudahkan. Mungkin juga di samping mudah, hasilnya banyak. Buat sedikit, hasilnya banyak. Jadi kalaulah kita buat kerja berhempas-pulas, di samping hempas-pulas banyak pula rintangan, kemudian hasilnya pula sedikit atau langsung tidak ada, itu menunjukkan kita belum mempunyai sifat taqwa hinggakan Allah tidak membantu.

5. Diberi berkat

Dia diberi berkat daripada langit dan bumi. Berkat pada hartanya, pada kesihatan badannya, pada ilmunya, pada anak-anak dan zuriatnya, pada isterinya, pada suaminya, pada sahabat handai dan jiran, pada gurunya, berkat dakwahnya, berkat ajarannya, berkat pimpinannya dan sebagainya. Ini jelas sekali dalam ayat:

Maksudnya: “Jikalau penduduk sebuah kampung (atau sebuah negara) itu beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat daripada langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)

Berkat maknanya bertambah atau subur. Apabila dikatakan hidupnya berkat, maknanya hidupnya penuh dengan kemuliaan, ketenangan, kebahagiaan dan penuh dengan pahala. Hartanya berkat, harta yang tidak putus-putus dapat disalurkan kepada kebaikan dan berpahala walaupun dia bukan orang kaya. Ilmunya berkat, maknanya ilmu yang dimilikinya itu dapat diamalkan, bertambah dan dapat dimanfaatkan kepada kebaikan serta menambahkan pahala.

Badannya yang sihat yang dikatakan berkat itu adalah badan yang dapat digunakan untuk kebaikan. Dengan kesihatan badannya itu, digunakannya untuk jihad fisabilillah, untuk khidmat kepada masyarakat dan dapat menambahkan pahalanya. Masanya berkat ialah masa yang Allah untukkan padanya, dapat digunakan kepada kebaikan. Dia tidak buang masa percuma dengan perkara yang melalaikan. Umurnya berkat, mungkin umurnya bertambah. Kalaupun umurnya tidak bertambah, tetapi umur yang diberikan kepadanya itu akan menambahkan pahala. Rezekinya berkat yakni rezeki yang tidak putus-putus sekalipun tidak kaya, yang dapat digunakan untuk kebaikan dan dapat menambahkan pahala.

Berkat pada anak-anaknya atau zuriat ertinya, anak-anak dan cucu cicit berjaya menjadi anak-anak yang soleh, yang menjadi penyejuk mata hati. Berkat pada isterinya atau suaminya, iaitu isteri tersebut atau suami itu soleh dan solehah, yang dapat mengingat dan memimpinnya selamat di dunia dan di Akhirat. Berkat pada sahabat handai dan jiran, ertinya mendapat sahabat yang baik-baik dan ramai pula yang membantu perjuangannya untuk menegakkan kebenaran. Berkat pada gurunya, iaitu dia mendapat guru yang soleh yang dapat memimpin dan memandunya selamat di dunia dan Akhirat.

6. Amalan diterima

Amal ibadah orang yang bertaqwa diterima oleh Allah. Kalau begitu amal ibadah orang Islam tidak diterima. Orang Islam akan masuk Neraka dulu. Oleh yang demikian, hanya amal ibadah orang yang bertaqwa sahaja yang diterima oleh Allah. Ini dijelaskan oleh Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah dari orang yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)

Maksudnya, Allah hanya menerima sembahyang orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima sembahyang orang yang sekadar Islam. Allah akan terima puasa orang bertaqwa. Allah akan terima perjuangan orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima perjuangan orang Islam. Allah akan terima haji orang yang bertaqwa. Allah tidak akan terima haji orang Islam. Begitulah seterusnya berdasarkan ayat di atas tadi.

7. Amalannya diperbaiki

Amalan orang yang bertaqwa itu sentiasa dibaiki oleh Allah. Sentiasa diperkemaskan oleh Allah daripada masa ke semasa. Ini jelas Allah mengingatkan kepada kita:

Maksudnya: “Wahai mereka yang beriman hendaklah kamu takut kepada Allah. Hendaklah kamu memperkatakan kata-kata yang teguh; nescaya Allah akan membaiki amalanamalan kamu...” (Al Ahzab: 70-71)

Jadi orang-orang yang bertaqwa amalannya sentiasa dibaiki oleh Allah. Sembahyangnya sentiasa dibaiki Allah. Begitu juga puasanya, bacaan Qurannya, wiridnya dan perjuangannya sentiasa dibaiki. Apa sahaja bentuk kebaikan yang dibuatnya sentiasa dibaiki oleh Allah dari masa ke semasa. Itulah jaminan Allah.

8. Dosa diampunkan

Dosanya diampunkan. Dalam ayat tadi juga ada sambungannya:

Maksudnya: “Wahai mereka yang beriman, hendaklah kamu takut kepada Allah. Hendaklah kamu memperkatakan kata-kata yang teguh; nescaya Allah akan membaiki amalan- amalan kamu dan akan mengampun bagimu dosa-dosa kamu.” (Al Ahzab: 70-71)

Ertinya dosa-dosa orang-orang yang bertaqwa ini akan diampunkan. Namun begitu orang Islam dosanya tidak diampunkan oleh Allah. Sebab itu orang Islam akan masuk Neraka dulu dan barulah ke Syurga. Wal’iyazubillah. Allahumma ajirna minan nar ( ). Tegasnya, orang yang bertaqwa sahaja akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

9. Dapat ilmu tanpa belajar

Diberi ilmu tanpa belajar. Yakni diberi ilmu terus jatuh pada hati. Memanglah ilmu yang jatuh kepada hati, tidak perlu proses belajar. Kalau ilmu yang jatuh pada akal, ia perlu melalui proses belajar yakni membaca, mentelaah, kena berguru, kena bermuzakarah, kena berfikir dan merenung. Barulah akan dapat ilmu itu. Sedangkan ilmu yang jatuh pada hati, tidak diketahui sumbernya, tidak perlu berfikir, mentelaah dan tanpa berguru. Ia terus terjatuh sahaja ke hati. Hati itu sebagai wadahnya. Jadi orang yang bertaqwa ini diberi ilmu tanpa belajar. Ini jelas Allah nyatakan dalam ayat Al Quran:

Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu.” (Al Baqarah: 282)

Dapat ilmu daripada Allah tanpa perantaraan guru, tanpa perantaraan belajar. Hal ini diperkuatkan oleh sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, nanti dia akan dipusakakan ilmu yang dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)

Apa sahaja ilmu yang dia tahu, diamalkan. Hasilnya nanti Allah akan beri ilmu tanpa dia belajar. Ramai orang-orang soleh dan ulama yang soleh diberi ilmu laduni. Itulah ilmu yang jatuh kepada hati yang juga dipanggil ilham. Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Dan Kami ajarkan dia ilmu yang datang dari dari sisi Kami.” (Al Kahfi: 65)

Ertinya orang yang bertaqwa itu akan diberi ilmu terus dari Allah tanpa wasilah guru. Agar tidak terkeliru, perlulah diingat bahawa orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mesti ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain terlebih dahulu.

10. Terlepas dari tipu daya syaitan

Orang bertaqwa itu akan terlepas dari tipu daya syaitan. Dalam Al Quran ada disebutkan tentang hal ini. Firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan- kesalahan mereka.” (Al A’raf: 201)

11. Terlepas dari tipu daya musuh

Orang bertaqwa juga lepas daripada tipu daya musuh lahir sama ada orang kafir mahupun orang munafik. Firman Allah:

Maksudnya: “Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali Imran: 120)

12. Terhindar dari Neraka

Orang bertaqwa terhindar daripada Neraka. Ertinya tentulah dia masuk Syurga sebab di Akhirat tidak ada tiga tempat. Kalau terlepas daripada Neraka, bermakna ke Syurgalah dia. Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Akan tetapi orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, bagi mereka Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya.” (Ali Imran: 198)

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu berada dalam Syurga dan (di dalamnya mengalir) mata air. (Dikatakan kepada mereka): ‘Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman’.” (Al Hijr: 45-46)

Maksudnya: “Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.” (Maryam: 63)

Inilah di antara keuntungan-keuntungan atau bonus yang diperolehi oleh orang yang bertaqwa. Kesemua itu tidak dapat dinilai dengan mata wang dunia kerana terlalu tinggi nilainya. Ia didapatkan hasil daripada membersihkan hati, mujahadah bersungguh-sungguh membuang sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat mahmudah serta mengamalkan syariat yang lahir dan batin. Kalau di dunia ini kita berebut-rebut untuk dapatkan bonus yang tidak ada nilai di sisi Allah itu, mengapa kita tidak rebut bonus taqwa yang manfaatnya untuk dunia dan Akhirat? Kalau tidak mahu bonus itu, orang bodoh namanya. Bodoh Akhirat!

***Moga Allah bukakan hati kita untuk terus mengingati-Nya. Amin...***

:: Hati ini...::

Hati ini..
kadang2 aku pon tak tahu
apa mahunya...
apa inginnya...
tapi yang pasti..ianya suatu ketenangan yang dicari...

Hati ini
Kadang2 bukan disini
kadang2 hati ini nun disana
kapan bila jasadnya akan pergi menyusul...
aku hanya mengharap
agar dimudahkan urusan jasadku untuk menjejaki hati ini yang sudah menunggu di sana...

Hati ini
kadang2 tak keruan
kadang2 lebat hujannya
kadang2 begitu bersinar bak mentari ia
tapi aku ingat kata seorang teman
"Hati kita ini Allah yang pegang..."
hanya Dia sahaja bisa membolak balikkan hati kita"

Ya Tuhan...
Jika benar kau dekatkan ia dekat dengan hatiku...
Maka Kau permudahkanlah segala urusanku untuk kesana
Hanya kepada Kau aku mampu berdoa dan menyandarkan harapan...
Sesungguhnya, aku mengharapkan suatu keajaiban...
Mengharapkan kau mengatakan... "Kun Fa Ya Kun..maka terjadilah ia..."

** Kadang2 bila kita buat silap, maknanya, kita dah makin jauh dariNya..
cepat2 lah bertaubat...sesungguhnya Dia takkan mengainaya hamba2Nya...**

:: Jalan2 PD...28/2 - 1/3 ::






:: Makan2 di Telok Kemang...::












:: Singgah majlis tunang Bai balik tue...congrats dear...::